Kesan Latihan Pliometrik terhadap Kepantasan dan Kuasa Atlet dalam Acara Lari Pecut 100 Meter

  • David Francis Ryman Junior Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah.
  • Mohd Rozilee Wazir Bin Norjali Wazir Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah.
Keywords: Kecergasan Fizikal, Ujian Lompat Menegak, Ujian Lari Pecut 30 meter

Abstract

Kajian bertujuan mengkaji kesan latihan pliometrik terhadap tahap komponen kepantasan dan kuasa dalam kalangan atlet acara lari pecut 100 meter berusia 15 dan 16 tahun. Dua jenis ujian dilaksanakan,iaitu ujian pra dan ujian pasca terhadap ujian bateri. Ujian pra dijalankan sebelum latihan tersebut dijalankan pada minggu pertama, manakala ujian pasca pula dijalankan selepas latihan tersebut selesai dijalankan pada minggu ke enam. Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Penampang. Subjek kajian (n = 34) terdiri daripada atlet acara lari pecut 100 meter yang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan intervensi (n = 17) yang mengikuti program latihan plometrik dan kumpulan kawalan (n = 17) yang tidak menjalani program tersebut. Selain itu, kaedah penyelidikan eksperimental digunakan bagi memperoleh data mentah melalui ujian bateri, iaitu Ujian Lompat Menegak (ULM) yang bertujuan menguji tahap komponen kuasa dan Ujian Lari Pecut 30 meter (ULP) bagi menguji tahap komponen kepantasan. Data mentah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) edisi ke-29. Ujian yang digunakan semasa menggunakan SPSS adalah Ujian-t Berpasangan bagi melihat perbezaan analisis antara kumpulan dan jantina. Analisis ujian-t berpasangan untuk ULM dan ULP bagi kumpulan intervensi dengan kumpulan kawalan melalui ujian pra dan ujian pasca. Nilai Sig. ujian pra bagi ULM (Sig. = .08, p > .05) dan bagi ULP (Sig. = .30, p > .05) menunjukkan tidak terdapat kesan latihan pliometrik. Nilai Sig. ujian pasca bagi ULM (Sig. = .00, p < .05) dan bagi ULP (Sig. = .00, p < .05) menunjukkan terdapat kesan latihan pliometrik. Selain itu, analisis ujian-t berpasangan untuk ULM dan ULP bagi jantina melalui ujian pra dan ujian pasca. Nilai Sig. ujian pra bagi lelaki adalah ULM (Sig. = 1.00, p > .05) dan bagi ULP (Sig. = .60, p > .05), manakala bagi perempuan adalah ULM (Sig. = .51, p > .05) dan bagi ULP (Sig. = .39, p > .05) menunjukkan tidak terdapat kesan latihan pliometrik. Nilai Sig. pada ujian pasca bagi lelaki adalah ULM (Sig. = .00, p < .05) dan bagi ULP (Sig. = .00, p < .05), manakala bagi perempuan adalah ULM (Sig. = .00, p < .05) dan bagi ULP (Sig. = .00, p < .05) menunjukkan menunjukkan terdapat kesan latihan pliometrik. Kajian menunjukkan terdapat kesan latihan pliometrik bagi kumpulan intervensi. Analisis jantina lelaki dan perempuan, terdapat kesan latihan pliometrik pada ujian pasca. Pengaruh faktor corak tumbersaran, prestasi fizikal, ciri fizikal dan genetik. Kesimpulannya, latihan pliometrik meningkatkan tahap kepantasan dan kuasa kalangan atlet. Oleh itu, latihan  yang teratur dan kepelbagaian latihan dengan intensiti dan beban bersesuaian dengan keupayaan individu.

Published
2025-04-13
How to Cite
David Francis Ryman Junior, & Mohd Rozilee Wazir Bin Norjali Wazir. (2025). Kesan Latihan Pliometrik terhadap Kepantasan dan Kuasa Atlet dalam Acara Lari Pecut 100 Meter. Journal Sport Science, Health and Tourism of Mandalika (Jontak), 6(2), 143-152. https://doi.org/10.36312/jontak.v6i2.4277
Section
Table of Contents